Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.
Assalamualaikum.... Selamat datang ke Blog Permata Kehiduopan.. Semoga Blog ini memberi manfaat kepada anda

Ingatlah Allah setiap waktu

Bandaraya Satelit Islam Kota Bharu, Kelantan

Oleh rusyd

Petang kelmarin saya turun di 'airport' Kota Bharu, saya dijemput oleh kawan lama saya, sepanjang perjalanan ke destinasi yang hendak dituju, kawan saya sempat menceritakan tentang perkembangan pembangunan di Kelantan.

Pagi esok, 19 Jun 2008, Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dijangka bakal merasmikan majlis pecah tanah bagi projek tersebut. Majlis tersebut juga akan dihadiri oleh YB Datuk Takiyuddin dan YDP MBKB-BRI serta beberapa dif-dif jemputan yang lain.span class="fullpost">



Bandar satelit bermaksud bandar yang bergantung pada industri tempatan, tetapi ada perkaitan ekonomi dan struktur jaringan perhubungan dan pentadbiran dengan sesebuah bandaraya yang berhampiran. Bandar satelit biasanya dianggap menyokong bandar raya yang berhampiran itu secara timbal balik atau saling menyokong sesama sendiri.

Projek tersebut dibangunkan di Pasir Tumbuh tidak jauh dari Kota Bharu. Ia meliputi pembinaan 218 unit rumah kedai dan pasar awam melibatkan kos sebanyak RM2.7 juta, 18 unit perumahan kakitangan kerajaan (RM4.5 juta). Selain turut dibina masjid dan hotel. Projek itu akan dibangunkan di kawasan seluas 20.73 ekar. Turut akan dibangunkan pondok moden yang bernilai RM1.2 juta, kompleks dataran (RM3.8 juta) dan 60 gerai (RM600,000).

Projek ini akan menjadikan masjid sebagai tumpuan utama. Masjid setinggi dua tingkat yang dibina akan dilengkapi ruang niaga, pameran dan bilik kuliah. Lokasinya di tengah-tengah pembangunan satelit berkenaan. Lebih menarik lagi, setiap mereka yang berurusan di Bandar Islam Pasir Tumbuh perlu menutup aurat bagi orang Islam dan bukan Islam berpakaian bersopan. Selain itu sesuatu yang menarik perhatian saya ialah, kolam renang "roof top" yang mengasingkan wanita dan lelaki.

Pembangunan bandar satelit Islam ini berpaksikan kepada masjid dalam fungsi yang baru yang merangkumi ruang niaga dan ruang pameran, perpustakaan dan juga bilik-bilik kuliah di dalam masjid itu sendiri.

Perlaksanaan projek ini juga merupakan satu tamparan hebat kepada Barisan Nasional yang sebelum ini berdegar-degar mengutuk dan memperlekehkan kerajaan Kelantan sebelum ini setelah projek yang sebelum ini sepatutnya dibangunkan di bandar Tunjung tidak dapat dibangunkan atas sebab tertentu.

Walaupun dianggap dan dicanang sebagai negeri termiskin di Malaysia, namun pembangunan di Kelantan lebih baik dan terancang berbanding negeri yang diperintah oleh kerajaan BN sedangkan bantuan dari Pusat disekat. Pembangunan di Kelantan lebih menyerlah dengan kehadiran pelabur asing ke sini atas dasar kepercayaan kepada dasar dan sikap pemerintah di sini. Banyak projek pembangunan yang sedang atau telah dilaksanakan seperti Kelantan Trade Centre, Pusat Komersil Rantau Panjang, KB Mall, Pelangi Mall, dan lain-lain lagi.

Berkaitan dengan isu perpaduan di bawah pemerintahan Islam, rakyat kelantan telah lama peka. Jadi wajarlah TGNA mengundang YB Karpal Sing sendiri sebelum ini ke Kelantan bagi melihat suasana perpaduan kaum di sini.

Kickdefella : Rumusan Penuh Hal Minyak

Salin dan tampal dari Blog Sheih Kickdefella. Demi untuk menyampaikan maklumat dan fakta supaya rakyat lebih celik
While waiting for Petronas to bare all next week, Kickdefella reveals all the Government and Petronas data pertaining to the petroleum revenues. These are public data and readers can find it in the net and it is either belong to Bank Negara Malaysia, The Treasury or Petronas itself.



Hassan Merican, the Acting Chairman, President and CEO of Petronas claimed that Malaysia will be net importer of crude oil by 2011. He however was forced to clarify that Malaysia will become net importer because the domestic demand of fuel is more than our supply by 2011 and not that our crude oil has dry up like what being claim by those Pariah in the Government.

Please take note that in Petronas Yearly Report is clearly mention that in 2006 the ‘replacement ratio’ of our crude oil is 1:1.8. Which in layman terms, it means for every litre of petrol we use, Petronas has found 1.8 litres of new source. Which means when the country used 400,000 barrels of crude oil a day, Petronas found 720,000 barrels of crude oil reserve. That is 720,000 x 365 days.

Dear readers, to help us understand how the government can actually reduce the price of petrol and diesel, I have prepared the below essay.


Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global

Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.

• Malaysia sebagai negara ‘net exporter’ minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.

• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).

• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.

• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.

• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai “Tapis Blend”, yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai “Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed.” Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.

• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.


Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia

Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00 satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di paras lebih USD130.00 satu tong. Ini beerti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat.

Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa syarikat pengeluar minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, “Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan USD100.00 satu tong boleh di anggap untung bersih.”

Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar mendapat untuk bersih tidak kurang USD100.00.

250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih

Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil petroleum dan gas, berbanding 3 tahun yang lalu.

Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi




• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.

• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.

• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.

• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.



Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara

Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi.

Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (Petrol, Diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B.



Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.

Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.

Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan kepada 13.7% pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun 2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang tahun itu.

Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.

Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel tidak membebankan Negara

Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 tibu tong minyak mentah sehari. Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong sehari. Negara mengalami lebihan 250 ke 300 ribu tong sehari untuk dieksport ke luar negara.


Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan minyak mentah berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang dikhaskan untuk kegunaan dalam negara di tukar di pasaran dengan 400 ribu tong minyak minyak berkualiti rendah.

Pertukaran ini juga menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend yang harga lebih tinggi dari minyak mentah yang diperlukan oleh negara. Ini bermakna negara samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan kewangan bersama minyak yang ditukar itu.

Ini bererti, sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak menjejaskan negara.

Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikan harga petrol dan diesel dengan memberi alasan mengurangkan subsidi terhadap bahan bakar tersebut.

Jalan Paling merbahaya Di Dunia

Jalan ini terletak di Bolivia, Amerika Selatan. Jalan ini diiktiraf sebagai jalan paling merbahaya di dunia. Setiap tahun tahun beratus-ratus orang terkorban kerana jatuh gaung. Bayangkan betapa siksanya jiwa nak menghabiskan keseluruhan jalan ini. Kalau orang upah anda RM10,000.00, sanggupkah anda merentasi jalan ini dengan lori?


>lagi gambar menarik


















Harga minyak Malaysia kini antara yang termahal

PADA hari Sabtu, 7 Jun, akhbar The Star menyiarkan berita bertajuk "PM: Get true picture of global oil price hikes" (PM: Dapatkan gambaran sebenar mengenai kenaikan global harga minyak.)

Kata Abdullah Ahmad Badawi beliau berharap rakyat jelata memperoleh maklumat yang betul agar dapat memahami apa yang sedang dihadapi negara.

Setiap orang daripada kita, kata Perdana Menteri, mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam keadaan yang mencabar ini.

"Dengan itu, marilah kita menghadapi bersama cabaran ini dengan daya tahan demi kebaikan negara dan generasi akan datang."

Tetapi rata-rata, reaksi rakyat jelata boleh disimpulkan begini - peranan kerajaan menarik balik subsidi minyak dan menaikkan harga minyak. Tanggungjawab kami adalah menganggung bebannya.

Mengambil ilham daripada seruan Perdana Menteri itu, saya melayari Internet untuk "mendapatkan gambaran sebenar" mengenai kenaikan 41 peratus harga minyak itu.

Sekarang fahamlah saya bahawa akibat kenaikan harga sebanyak 78 sen seliter pada tengah malam Rabu lalu itu, harga petrol kini RM2.70 seliter atau RM10.20 segelen Amerika (US gallon). Dalam Dolar Amerika, ia bersamaan AS$3.12 segelen (AS$0.82 seliter).

(Saya terpaksa mengubah kepada gelen dan Dolar Amerika kerana perangkaan global menggunakan ukuran gelen dan Dolar Amerika. Segelen Amerika bersamaan 3.785 liter. Kadar tukaran adalah RM3.27 kepada satu Dolar Amerika.)

Pada kadar AS$3.12 segelen, harga petrol di Malaysia adalah lebih murah daripada di Amerika Syarikat di mana harganya melepasi AS$4.00 (RM13.08) segelen.

Tetapi kita kena ingat Amerika jauh lebih kaya daripada kita. Mengikut Buku Fakta (Fact Book) Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika, pendapatan purata berdasarkan pariti kuasa membeli (purchasing power parity) rakyat Amerika adalah AS$46,000 tahun lalu.

Dalam bahasa yang mudah, jika pendapatan dibahagikan sama rata, setiap orang penduduk Amerika mempunyai kuasa membeli bernilai AS$46,000 berbanding kita sebanyak AS$14,400.

Itu pun bukan semua rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli sebanyak AS$14,400. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai kuasa membeli sebesar itu.

Majoritinya adalah berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka inilah yang paling teruk menderita akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akan dicetuskan oleh kenaikan harga minyak.

Segelen minyak berharga AS$4.00 bagi penduduk Amerika adalah "murah" kerana pendapatan dan kuasa membeli mereka tinggi. Manakala pada kadar AS$3.12 segelen bagi penduduk Malaysia adalah �mahal� kerana pendapatan kita rendah.

Pendapatan penduduk Amerika lebih tiga kali ganda daripada pendapatan penduduk Malaysia. Lagipun Amerika adalah negara pengimport bersih minyak manakala kita adalah negara pengeksport. Maksudnya kita mengeksport lebih banyak minyak mentah daripada mengimport. Para pembesar kita sering mengatakan harga minyak petrol lebih mahal di Singapura. Betul. Harga segelen petrol di Singapura, mengikut laman web Shell Singapura, adalah sekitar AS$6.28 segelen.

Tetapi pendapatan per kapita PPP penduduk Singapura adalah AS$48,900 atau 3.4 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan per kapita PPP kita. Lagipun Singapura negara kecil, pengangkutan awamnya bagus, tambangnya berpatutan dan Singapura tidak ada setitik minyak pun .

Selain itu mereka ada "pilihan". Mereka boleh menyeberang ke Johor untuk membeli petrol. Bagi membeli segelen di Malaysia mereka hanya perlu membelanjakan sekitar S$2.63 atau AS$1.92 kerana nilai duit mereka lebih tinggi daripada ringgit Malaysia (RM1 bersamaan 42 sen Singapura.)

Tetapi akibat dasar "flip-flop" kerajaan kita � sekejap tidak boleh dijual kepada orang asing dan sekejap boleh - penduduk Singapura yang berkali-kali ganda lebih kaya daripada kita menikmati durian runtuh setiap kali mengisi minyak di Malaysia.

Rakyat rasa tertipu dan keliru. Pada 3 Jun Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Shahrir Abdul Samad berkata harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos.

Susah kita hendak faham. Berita ini tersebar satu dunia. Jadi Shahrir cakap karut atau memang harga akan naik hanya pada bulan Ogos tapi entah macam mana bos dia naikkan harga lebih awal.

Jadi saya nak tanyalah sikit. Shahrir tidak hadir mesyuarat Kabinet kah? Tidak masuk akal kalau Kabinet tidak dibawa berunding mengenai keputusan menarik balik subsidi dan menaikkan harga minyak yang sangat berat kesannya kepada rakyat jelata.

Atau (atau) Shahrir cuba memberi amaran bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak sekali lagi Ogos ini?

Satu lagi tabiat buruk sesetengah pembesar kita adalah kecenderungan mereka membandingkan Malaysia dengan negara-nagara yang lebih miskin dan lebih mundur.

Kalau kita hendak banding negara kita dengan negara-negara miskin, tidak perlulah kita bersusah payah hendak menjadi negara maju. Kita jadi sajalah macam negara-negara miskin yang kucar-kacir dan rakyat jelatanya menderita.

Perdana Menteri bercakap mengenai kebajikan generasi akan datang. Apakah prospek mereka jikalau hari ini pun mereka tidak cukup makan, tidak cukup pakai dan tidak cukup persekolahan kerana kos sara hidup dan inflasi yang tidak terkawal?

Jadi itulah lebih kurang kefahaman saya setelah membuat sedikit kajian seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika berucap sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Sabtu lalu.

Kesimpulannya, harga minyak petrol (dan juga diesel) di negara kita kini adalah antara yang termahal di dunia berasaskan pariti kuasa membeli (purchasing power parity).

Ia semestinyalah akan memberi kesan yang luas terhadap kuasa membeli dan inflasi serta prestasi ekonomi keseluruhannya. -


Sumber ddari: http://kadirjasin.blogspot.com