Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.
Assalamualaikum.... Selamat datang ke Blog Permata Kehiduopan.. Semoga Blog ini memberi manfaat kepada anda

Ingatlah Allah setiap waktu

Kembali : Aku dan Dunia Blog


Pertama dan utamnya setinggi kesyukuran ku rafa'kan kehadrat Ilahi kerana dikesempatan ini aku masih diberi kesempatan untuk mencoret kata disini. Setelah sekian lama menyepi dengan kesibukan yang disertakan sebagai alasan. kini kekuatan datang untuk ku menulis disini.

Dua tahun lebih aku menyepi. Banyak komentar yang tercoret di kotak sembang yang tidak ku balas pun. Maaflah kepada pelawat yang melawat atau terlawat ke blog yang sememangnya tidak seberapa ini terutama kepada yang memberi komen. Aku bukan jenis pandai mencoret kata-kata yang indah.

Niat blong ini sebenarnya adalah unutk aku mencuba sesuatu yang baru yang berlainan serta menarik di samping menyampaikan sedikit yang bermanfaat.

Alkisah bagi dunia blog ini, aku telah menceburinya sejak awal masuk ke UMKL (sem 1). Aku amat meminati perkara yang berkaitan komputer samaada dalaman ataupun luaran. Yang bersifat DALAMAN bagiku, aku berminat juga dalam memahirkan diri terhadap software-software seperti adobe, swish, ulead dan sebagainya. kebanyakannya semuanya

kupelajari sendiri disebabkan minat. Manakala yang bersifat luaran pula, aku amat berminat menyelesaikan masalah berkaitan komputer. Fomat komputer kali pertama yang aku buat pun adalah sendiri tanpa diajar oleh sesiapa. Laptop buruk ku pentium 3 sewaktu aku di nilampuri dulu adalah mangsanya, yang berkali-kali ku fomat sehinggakan rosak hard disknya.

Berbalik kepada dunia blog ini, aku mula memahirkan diri ketikamana ku ditaklifkan memegang sesuatu jawatan dalam persatuan. Lantaran tuntutan yang dikehendaki, aku sedikit demi sedikit memahirkan diri terhadap blog ini. Aku dikehendaki mengupdate blong berkaitan persatuan. Apa yang aku telah lakukan ini bukanlah sia-sia, kerana kesinambungan apa yang kulakukan ini telah diteruskan bagi sesi seterusnya (tak rasa bagga pun sebab aku tinggalkan banyak kekurangan dalam jawatan yang telah ku pegang, banyak masih belum terlaksana dengan sebaiknya). Klu dikembalikkan aku sebelum memeang jawatan, nescaya akan aku tolak jawatan (amanah) tersebut.

Setelah habis satu sesi, jawatan pun dilepaskan dan aku diminta untuk memegangnya lagi, tapi tak sanggup aku menerimanya lagi kerana bagiku, aku bukanlah yang terbaik untuk amanah yang akan dipersoalkan ini dan perlu diberikan pada orang lain untuk merasainya juga. Takkala itu aku mula menyepi dalam dunia blog ini. Sedikit demi sedikit surut.

SUMPAH or Sesumpah

Setelah kita menyaksikan sumpah Saiful tahun lepas, hari ini kita menyaksikan pula sumpah Eskay yang menuduh (kerana belum terbukti) Anwar Ibrahim berzina. Bukan menjadi permasaalahan dalam perkara sumpah itu, tetapi adakah cara mereka ini adakah mengikut syariat Islam yang sebenar sebagaimana yang digariskan Islam?.

Mereka seperti orang-orang munafiq, mereka melakukannya seperti ingin menyelamatkan diri dan seolah-olah mengikut kehendak tertentu. Mereka boleh memperolehi habuan dunia, tapi mereka tidak akan sama sekali terlepas azab diakhirat.



Firman Allah dalam Surah Al-Munafiqun : 2 yang bermaksud ;


“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).


Jesteru apa yang perlu kita tahu dan fahami dengan sumpah yang dilakukan ini adalah di sana Islam telah menggariskan panduan dalammenyelesaikan masalahnya. Dalam mubahalah ini terdapat syarat-syaratnya yang perlu diikuuti seperti di bawah.

Syarat-Syarat Mubahalah

(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)

1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah.

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

Solat Selepas Haid : Perkara Yg Dipandang Ringan

"Artikel ini saya terjumpa di blog ketika melayari. Jestru dalam hal ini dalah wajib bagi suami memahami agama supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada isterinya disamping isteri juga perlu memahami akan ia. Suami sebagai ketua rumah tangga hendaklah juga mampu mebimbing anak-anaknya. Sebagaimana artikel yang saya pernah berkongsi sebelum ini, iaitu golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Ini adalah kerana suami tidak mengajarkan pengatahuan berkaitan Islam. Permasalah Fiqh ini juga suatu yang perlu dititik beratkan agar kefahaman yang jelas diperolehi. Di sini ingin lah saya berkongsikan apa yang telah saya baca kepada Muslimah semua. Artikel ini banyak terdapat di blog-blog yang dikongsi ramai. Semoga perkongsian ini memberi manfaat." PKehidupan

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

· Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

· Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

· Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

· Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

· Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

· maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita!!!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Sumber dipetik dari :
Ibnu Yusuf

No One Knows My Sorrow

Hatiku terasa sedih saat menanggung derita
namun terkadang kesengsaraan bagiku
ada hikmahnya

Begitu banyak hari
yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan
namun berakhir
dengan kesenangan dan kegembiraan

Aku tidak merasa berat
dengan kesusahan yang menimpaku
kerana aku yakin
akan ada jalan keluar di balik kesusahan

Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga


Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga

Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”.
(Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Namun perempuan lebih ramai di neraka

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama

Sumber Dipetik dari : NASBUN NURAIN

Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah Bersama Kita!

Video Asal dari Youtube


Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta...
Dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh menjadi penyumbang...
Tetapi itu bukan segal-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar...
Tidur di atas katil yang empuk
Tetapi dia tidak enak atau pun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk...
Kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat...
Lauk pauk yang bagus...
Tetapi lidahnya tidak enak...
Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk...
Tetapi dia lebih sedap & selesa makannya

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar...
Ada makanan yang sedap...
Tentulah hidupnya bahagia & tenang
Belum tentu...
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun...
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang...
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun...
Jika Allah uruskan urusan kita...
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita...
Walaupun sekelip mata...
dunia boleh berbuat apa-apa...
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas...
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi...
Allah akan memberikan keuntungan...
yang mana jalan-jalan yang manusia tidak sangka
Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan...

Tengoklah dunia ini...
kadang-kadang manusia dia hilang sesuatu benda ini daripada dunia...
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup?

Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan, kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu...
Kita kata, "Habislah aku kali ni!"
Tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup & makan & menikmati kurniaan kehidupan ini
Ketika kita kata...
"Ya Allah! tolonglah aku, ya Allah! tolonglah aku, aku susah ya Allah!"
Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu
Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur...
di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka...
"Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tidakan kepada kau"
"Nun orang nak ambil tindakan kepada engkau!"
Kata Allah, iman dia bertambah
Bukan kita kata, "Pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak...tidak!
Kata Al-Quran, iman mereka bertambah
Mereka kata...
"Cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

Pengalaman sering mematangkan kita...
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup & bertawakkal...
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal
Bila hati insan bulat kepada ya Rabb...
"Ya Allah! aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah"

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di Akhirat...
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat...
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
Kehidupan ini sangat luas
Nabi SAW sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim...
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini...
saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia,Allah masukkan dia ke dalam syurga...
dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga...
kemudian dia dikeluarkan...
lalu ditanyanya...
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata, "Tak! Aku tak pernah derita pun dalamhidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam sunia ini
Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka...
Lalu dikeluarkan dia...
"Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata, "Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka...
manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

Masihkah kita teringat akan mikmat yang Allah berikan selama ini?
Kita selalu tak bersyukur kalau kita diberi benda baru...
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini...
suatu nikmta yang besar

Satu hamba Allah...
yang patah kakinya...
yang dia tidak pernahpun sebut...
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki...
Dia kata, "Ya Allah, bagilah balik kakiku, sembuhlah balik!"
Dia tahu betapa besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada...
Tetapi jangan lupa yang telah ada...

Bersyukurlah wahai diri ini...
Sebahagian para sarjana menyebut...
Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar...
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah, nak kata apa?
"Sabar je lah, nak buat apa"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta
syukur di atas nikmat...
"Ya Allah, apa sahaja yang aku alami...
Daripada nikmat-Mu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hamba-Mu...
Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan...
Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran"

Subhanallah!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya...
"Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu"

Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan...
Kita akan merasa masyaAllah hidup ini...
Apa yang Allah kurniakan kepada kita...
lebih daripada harapan kita sebenarnya
Sekiranya kita ingat dari hari kita dilahirkan...
tempat kita dilahirkan...
rumah kita dilahirkan...
sehingga tempat kita ada pada hari ini...

MasyaAllah!

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia...
ketika dia salah seorang daripada dua; dia & Abu Bakr...
ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)...
ketika dia berkata kepada sahabatnya...
JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA!

~ Dr Asri Zainul Abidin ~

Welcome back... Live must Go On...

Pertama dan utamnya setinggi kesyukuran ku rafa'kan kehadrat Ilahi kerana dikesempatan ini aku masih diberi kesempatan untuk mencoret kata disini. Setelah sekian lama menyepi dengan kesibukan yang disertakan sebagai alasan kini kekuatan datang untuk ku menulis disini.

Hampir setahun aku menyepi. Banyak komentar yang tercoret di kotak sembang yang tidak ku balas pun. Maaflah kepada pelawat yang melawat atau terlawat ke blog yang sememangnya tidak seberapa ini terutama kepada yang memberi komen. Niat blong ini sebenarnya adalah untkk aku mencuba sesuatu yang baru yang berlainan serta menarik di samping menyampaikan sedikit yang bermanfaat untuk dikongsi terutamanya buat diri ini.

Alkisah bagi dunia blog ini, aku telah menceburinya sejak awal masuk ke UMKL (sem 1). Aku amat meminati perkara yang berkaitan komputer samaada dalaman ataupun luaran. Yang bersifat DALAMAN bagiku, aku berminat juga dalam memahirkan diri terhadap software-software seperti adobe, swish, ulead dan sebagainya. kebanyakannya semuanya kupelajari sendiri disebabkan minat. Manakala yang bersifat luaran pula, aku amat berminat menyelesaikan masalah berkaitan komputer. Fomat komputer kali pertama yang aku buat pun adalah sendiri. Laptop buruk DELL kepunyaanku pentium 3 sewaktu aku dilampuri dulu adalah mangsanya, yang berkali-kali ku fomat sehinggakan rosak hard disknya. berbaloi rasa kerana bermula dari ini lah aku mempunyai sedikit kemahiran.

Berbalik kepada dunia blog ini, aku mula memahirkan diri ketikamana kuditaklifkan memegang sesuatu jawatan dalam persatuan. Lantaran tuntutan yang dikehendaki, aku sedikit demi sedikit menjadi mahir terhadap blog ini. Aku dikehendaki mengupdate blong berkaitan persatuan. Apa yang aku telah lakukan ini bukanlah sia-sia, kerana kesinambungan apa yang kulakukan ini telah diteruskan bagi sesi seterusnya MYPMAPIUM (tak rasa bagga pun sebab aku tinggalkan banyak kekurangan dalam jawatan yang telah ku pegang, banyak masih belum terlaksana dengan sebaiknya)

Setelah habis satu sesi, jawatan pun dilepaskan dan aku diminta untuk memegangnya lagi, tapi tak sanggup aku menerimanya lagi kerana bagiku, aku bukanlah yang terbaik untuk amanah yang akan dipersoalkan ini dan perlu diberikan pada orang lain yang lebih layak untuk merasainya juga. Takkala itu aku mula menyepi dalam dunia blog ini. Sedikit demi sedikit surut. Sekian

Ahlan Ya Ramadhan


Ahlan Ya Ramadhan... Selamat Berpuasa kepada semua, moga tarbiyyah ramadhan yang akan datang kali ini lebih bermakna dari sebelumnya...

Penutupan Feskum 2009