Assalamualaikum.... Selamat datang ke Blog Permata Kehiduopan.. Semoga Blog ini memberi manfaat kepada anda

Realiti Kehidupan


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa ...
di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Dipetik dari laman Tranungkite

PLKN Yang Tempang

"Bagaimana remaja berkawat lurus
Jika penerajunya tempang
Bisa remaja berlari laju
Jika pelatihnya seorang yang tepoh
Bisa remaja bersolat subuh
Jika Siimam tidur berdengkur
Bisakah remaja berhemah berbudi
Jika pelatih menjerit membebel
Tiada langsung sahsiah di diberi
Akhir remaja hilang jatidirinya
Ilmu di beri khemah dan kawat
Basuh baju kutip sampah tiada perlunya
Negara kita sudah punya penguatkuasa
Majlis bandaran ada
Indah water pun ada
Apa guna arah itu remaja dididik??

Remaja kita hilang sahsiahnya
Lupa budaya lagi hilang agamanya
Ajarlah remaja kenal jalan pulang
Kenal liang lahad..kenal arah kiblat
Kenal mandi wajid kenal kandungan Al Quran
Untuk mereka yang bukan Islam
Tentu pengerusi lebih tahu
Sebab pengerusi rasa - rasanya bukan Islam
Dia buatlah sebab dia perancangnya

Agama Islam ada adabnya
Pelatih Islam harus tahu akannya
Pergaulan betina jantan ada hadnya
Bercampur sebegini bukan kaedahnya
Suara gadis aurat rasanya
Dalam masjid pun dilarang azan pihak wanita
Leher, lengan, betis tahu - tahu sendiri hukumnya
Caca merba belaka orang Islam kita

Dalam kem semua halal belaka
Dalam group mesti ada campuran jantina
Hendak diasah semangat tolong menolong
Yang menjelma pula pakat - pakat tengok punggung
Kesian pula memikir tentangnya
Habis rosak generasi mudaku
Cara mudahnya senang sahaja
Jadikan satu kem sama jantina

Oleh: Osmaismail.

ISA Mengganas Lagi., Dipukul hingga Lumpuh ?

Oleh Malaysiakini

Seorang surirumah mendakwa suaminya didera dan gagal dirawat dengan rapi sewaktu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga mengalami kelumpuhan.

Dalam laporan polisnya hari ini, Sharmila Uthiakumar mendakwa pasangannya Sanjeev Kumar Krishnan dibelasah dalam tempoh siasatan selama 55 hari sejak 28 Julai tahun lepas.

"Bahagian badan dan kepala beliau ditumbuk dan ditendang dengan kasut. Bahagian tulang beliau ditendang beberapa kali dengan menggunakan kaki.

"Kaki kiri dan tangan kiri beliau dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek yang keras seperti kayu.

"Selain itu, beliau juga selalu dipukul dengan menggunakan botol yang berisi air," kata Sharmila dalam aduannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi ini.

edyes wrote:

apa nak jadi nie? sampai lumpuh.,

Pertama sekali perkara ini harus disiasat terperinci. bukan oleh polis yang 'sentiasa betul' tetapi oleh sebuah badan bebas.

Sekiranya laporan ini sahih, sekiranya post mortem menunjukkan memang benar lelaki ini didera sewaktu di tahanan ISA, siapakah yang akan menjawabnya?

Siapakah yang akan jawab kejadian ini dan siapa yang akan bertanggungjawab?? Polis? Paklah ? Tun Mahathir? Ini soal kehidupan, lebih baik mati dari menderita kerana lumpuh .

ISA harus dimansuhkan .

Kekejaman ini harus lenyap dari bumi Malaysia .

Mari bermunajat selamatkan Pulau Batu Putih

PARIT BUNTAR, 22 Mei:- Esok adalah tarikh penting bagi seluruh rakyat Malaysia, dimana status Pulau Batu Putih akan ditentukan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge adakah milik Malaysia atau Singapura.


Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Parit Buntar, yang juga ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim supaya semua cawangan PAS di Parit Buntar mengadakan Zikir Munajat dan Majlis Bacaan Yassin bagi memohon daripada Allah supaya kedaulatan Pulau Batu Putih memihak kepada Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ADUN Titi Serong juga berharap program yang sama dilakukan oleh seluruh peringkat parti di seluruh Malaysia.

Mahathir oh Mahathir....

Peringkat Awal Pemerintahan

Masih terbayang difikiran ini ketika era awal pemerintahan beliau dahulu apabila beliau memperkenalkan pebagai slogan yang indah-indah... Antaranya 'Bersih-Cekap-Amanah', 'Dasar Pandang ke Timur', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' dan apabila ada perselisihan faham dengan British beliau memperkenalkan 'Buy British Last'. Memang beliau adalah wira dunia ke tiga.Beliau juga bertanggungjawab mengseragamkan waktu antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Singapura juga mengikuti jejak langkah beliau. Selain itu beliau juga memperkenalkan 'Punch Card' yang kemudiannya dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Begitu juga dengan tanda nama semasa bertugas. Semua rakyat gembira mempunyai Perdana Menteri seperti beliau. Satu fenomena yang tak pernah diduga...

Peringkat Pertengahan

Beliau ketika ini banyak mengadakan lawatan ke seluruh dunia. Beliau adalah 'Pakar Jualan Malaysia'. Banyak teknologi baru dibawa masuk ke Malaysia. Bermula era Malaysia memiliki kereta nasional sendiri. Syarikat-syarikat kerajaan diswastakan. Malaysia mula dikenali sebagai negara industri dan tidak lagi negara pertanian seperti sebelum ini. Malaysia mula menjadi tuan rumah bagi acara-acara antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara Commonwealth (CHOGM), Menganjurkan Dailog Antarabangsa Langkawi, G17 dan pelbagai acara lagi. Beliau juga memulakan projek mega seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Petronas, Litar Sepang, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Monorel, Jambatan Pulau pinang dan pelbagai projek mega. Rakyat menjadi semakin bangga.. dan merasakan betapa bertuahnya mempunyai seorang Perdana Menteri yang mampu memandang jauh ke hadapan....

Peringkat Akhir

Apabila terlampau lama ditampuk kuasa... beliau menjadi semakin lupa diri. Manakan tidak beliau sentiasa dikelilingi oleh kaki ampu. Akhirnya beliau percaya dengan mainan syaitan bahawa setiap tindakan yang beliau lakukan adalah 'betul semuanya'. Orang lain apa tahu. Setiap tindakannya yang salah tiada siapa berani betulkan termasuklah ulamak upahan di sekelilingnya. Akhirnya beliau makin sesat apabila menguruskan wang negara bagaikan wang sendiri. Maka apa yang halal di awal pemerintahan telah bertukar menjadi haram. Bila memakan makanan haram hati beransur ansur menjadi gelap dan akhirnya tindakan yang tidak betul akan nampak betul. Beliau ingin menguasai seluruh Malaysia. Kuasa raja diturunkan begitu juga bidang kehakiman. Raja-raja dihina dan para hakim dipecat, royalti petroleum Terengganu dinafikan, sekolah agama rakyat ditutup dan apa-apa sahaja yang dikira menggugat beliau akan menerima padahnya walaupun timbalannya sendiri. Akhirnya jadilah Mahathir seorang diktator tanpa disedari.Ketika ini nabi pun sanggup dihina. Fitnah menjadi mainan. Pembunuhan ulamak di Memali menjadi halal. Rasuah bermaharaja lela. Tapi siapa berani melawan. Hinggakan apabila digelar Maha Firaun pun masih ada lagi ulama upahan berani mengatakan inilah Firaun baik. Walhal Firaun adalah antara makhluk yang dilaknat sampai hari kiamat.Lihatlah betapa angkuhnya orang yang bernama Mahathir ini. Hinggakan di akhir tampuk kuasa beliau membuat keputusan menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi yang dikira boleh dijadikannya sebagai pak turut. Yang senang diperkotak-katik walaupun beliau tidak lagi menjadi PM. Itulah sangkaan beliau. Tetapi dengan kehendak Allah semuanya jadi terbalik. Abdullah bukan sahaja melawan tokey tetapi meracau dan merapu entah ke mana hingga menjadikan kredibiliti Mahathir yang melantiknya turut terjejas dengan teruk.Maka pada hari ini lihatlah wahai rakyat Malaysia sekelian apa yang terjadi kepada manusia yang paling digeruni pada suatu ketika dahulu. Beliau bukan saja hilang kehormatan diri malah semakin tersisih dari masyarakat. Itulah yang dinamakan hukum karma dari Allah swt kepada umatnya yang sombong semasa di dunia. Banyak kemusnahan jangka panjang yang telah dibuatnya semasa era pertengahan dan penghujung pemerintahannya. Tetapi berapa ramai yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku? Sangat sedikit... kerana manusia lebih sayangkan harta dunia dan takutkan mati.....

Artikel dipetik dari: http://fikir2renung2.blogspot.com/

-Gunakan perisian Anti Virus dan pastikan anda sentiasa mengemaskini paten virusnya.
-Guna khidmat e-mel yang dilengkapi anti virus.
-Jangan 'install' program P2P seperti LimeWire, Kazaa dan sebagainya.
-Elakkan dari 'install' program 'percuma' seperti 'weatherbug', 'screensaver' dan sebagainya.
-Jangan lawati lama yang meragukan.
-Jangan dwiklik pada 'attachment' e-mel berikut: exe, .bat, .com, .shs, .vbs or .scr .pif and sometimes .jse dan .vbe.
-Jalankan selalu program berikut: Spybot Search & Destroy, Ad Aware Personal SE, Windows Defender dan Housecall.
-Ketika melayari Internet, ELAKKAN dari menggunakan Internet Explorer. Gunalah browser lain seperti Firefox, Opera, Flock ataupun AvantBrowser.
-Windows Update - tetapkan komputer anda agar muatturun secara otomatik.
-Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan yang berkaitan.

>> Untuk membaca artikel penuh, sila ke RalphTheGeek.

Membaikpulih masalah yang disebabkan oleh virus/spyware.

Februari 14, 2008 — PakNik

Bagi mereka yang komputer mereka pernah dijangkiti virus/spyware/worm, terdapat beberapa halangan yang dicipta oleh virus/spyware/worm pada komputer anda. Antara halangan yang dicetuskan, bertujuan untuk menyukarkan pengguna mengesan virus/spyware/cecacing berkenaan ialah seperti halangan-halangan di bawah:

-Tidak lagi dapat melihat fail atau folder yang tersembunyi kerana Folder Option telah ‘hilang.’
-Tidak dapat menjalankan regedit.
-Gagal menjalankan Task Manager .
-Arahan ‘run’ juga telah’hilang.’
-Begitu juga halnya dengan arahan ’search!’

Untuk memulihkan keadaan, SETELAH anda berjaya membuang segala saki baki virus/spyware/cecacing daripada komputer anda, laman Sergiwa telahpun menyediakan perkakasan yang amat berguna untuk membuang segala halangan yang tersebut di atas.
Remove Restrictions Tool akan mengembalikan ‘regedit’, ‘task manager’, ‘folder option’ dan lain-lain lagi.

RRT adalah percuma untuk kegunaan pengguna di rumah/individu. Anda boleh memuatturun perkakasan RRT di laman Sergiwa. Sila lihat sama lain-lain perkakasan yang disediakan di laman berkenaan, untuk kemudahan anda.

Selamat mencuba!

Perisian Anti Virus untuk Pendrive anda


Tahukah anda, terdapat perisian anti virus khusus untuk Pendrive yang mampu melindungi Pendrive anda daripada dijangkiti oleh virus daripada PC. Seringkali bila saya membuat ‘troubleshooting’ atau memasang perisian tertentu pada komputer kengkawan menggunakan Pendrive, kerap terjadi virus yang sudah sedia terdapat pada komputer itu akan menjangkiti Pendrive saya.

Menurut laman web pendriveapps, perisian Mx One ini mampu menghalang Pendrive anda dari dijangkiti oleh virus. Disamping itu ia juga mampu membuat imbasan kepada ‘boot sector’ drive anda untuk membuang segala autorun yang tidak diingini.
Anda boleh muatturun pada laman web pendriveapps.


Selamat mencuba.