Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.
Assalamualaikum.... Selamat datang ke Blog Permata Kehiduopan.. Semoga Blog ini memberi manfaat kepada anda

Ingatlah Allah setiap waktu

Marhaban Ya Ramadhan


Marhaban Ya Ramadhan.... Marhaban barasal dari kata rahb yang berarti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi arti bahwa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, tidak dengan keluhan.


Rasulullah sendiri senantiasa menyambut gembira setiap datangnya Ramadhan. Dan berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:

“Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardlukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh setan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan” (Hr. Ahmad)


Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, karena kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh guna melanjutkan perjalanan menuju Allah swt. Perjalanan menuju Allah swt itu dilukiskan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Ada gunung yang harus didaki, itulah nafsu. Digunung itu ada lereng yang curam, belukar yang hebat, bahkan banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan.


Tetapi, bila tekad tetap membaja, sebentar lagi akan tampak cahaya benderang, dan saat itu akan tampak dengan jelas rambu-rambu jalan, tampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan bila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kendaraan Ar-Rahman untuk mengantar sang musafir bertemu dengan kekasihnya. Untuk sampai pada tujuan tentu diperlukankan bekal yang cukup. Bekal itu adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan shalat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.

Exco Kesenian Dan Kreativiti PMAPIUM

Harga Minyak Dunia : USD 118.82 Per Barrel

Oleh edyesdotcom

1. Paklah telah mengumumkan harga minyak domestik akan kekal pada harga : RM2.70 per litter.

2. Harga Minyak dunia kini telah merundum kepada USD118 !! Harga minyak tersebut dalam aliran menurun dan berkemungkinan mencecah USD100 dan berlegar pada harga tersebut.

3. Kami sebagai rakyat Malaysia menuntut janji paklah untuk revise harga minyak supaya beban sebagai pengguna dapat dikurangkan sedikit sebanyak.

4. Mengapa perlu tunggu 1 September 2008 untuk mengubah harga minyak domestik sedangkan ketika harga minyak dunia melambung, harga minyak domestik dinaikkan tanpa notis.

5. Ketika ura-ura kerajaan ingin menaikkan minyak bulan Ogos, paklah menipu rakyat dengan menaikkan harga minyak pada bulan Jun iaitu dua bulan lebih awal. Sekiranya kita tunggu bulan Ogos iaitu pada hari ini, miyak dunia telah turun dan semakin merundum maka sepatutnya tiada kenaikkan harga minyak patut berlaku !

6. Saya begitu hairan mengapa kita begitu bergantung kepada minyak arab yang rendah kualiti itu berbanding minyak yang ada di bumi negara ini. Apakah dengan alasan menggunakan minyak import, maka kita termaktub dengan harga minyak global ?

7. Adakah paklah akan katakan selepas ini bahawa "Oleh kerana harga minyak telah turun, PETRONAS telah tidak untung untuk membantu menurunkan harga minyak"

8. Mengapa kita rakyat Malaysia tidak mempunyai peluang untuk merasai penurunan harga minyak sedangkan Singapura telah beberapa kali menurunkan harga minyak untuk rakyat mereka.

9. Apakah yang kerajaan lakukan sekarang ini, di waktu ini ? Adakah mengatur langkah untuk selamatkan Malaysia atau mengatur langkah untuk selamatkan Barisan Nasional ?

10. Akhir sekali saya ulangi, jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak pada awal Jun tempohari dan mengotakan janji untuk menaikkan harga minyak pada bulan Ogos, sudah tentu tiada orang yang akan menderita kenaikkan harga minyak, sudah tentu tiada yang bertumbuk di stesen minyak, sudah tentu sehingga hari ini harga minyak kekal pada RM1.92 per litter.

Suber dipetik dari Tranungkite.net by EDYES

Tahniah diucapkan kepada graduan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang berjaya menamatkan pengajian pada sesi kali ini.. dari PMAPIUM
Esok merupakan hari penerimaan ijazah oleh mahasiswa dan mahasiswi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sehubungan dengan itu, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) sesi 2008/2009 ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian pada sesi kali ini dalam bidang yang diceburi masing-masing. Semoga kejayaan atas usaha antum selama tiga atau empat tahun ini merupakan titik tolak kepada alam yang lebih mencabar. Akhir kata jadilah insan yang berilmu, beriman dan beramal.
.
Ahmad Zulfadhli Bin Bashiron

Kelebihan berjihad di jalan Allah

Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 74
Kelebihan berjihad di jalan Allah

Disebut di dalam hadith yang banyak sebaik sahaja darah mengalir dari tubuh orang-orang yang berjihad, Allah menghapuskan dosa yang pernah dilakukannya melainkan hutang. Sebaik sahaja dia berada di alam barzakh, rohnya masuk di dalam tembolok burung-burung syurga yang memakan nikmat di dalam syurga.

Sementara itu di hari qiamat kelak dia berkelayakan untuk memberi syafaat kepada 70 orang anggota keluarganya yang dimasukkan ke dalam neraka sehingga mereka dibebaskan semuanya dari azab neraka itu.

Seorang ibu datang mengadap Rasulullah s.a.w. mengadu anaknya syahid di medan perang. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Saya ingin tahu dimanakah anak saya berada sekarang. Jika saya mengetahui dia berada di tempat yang baik, saya merasa cukup gembira. Jika tidak, saya akan terus menangis."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Wahai Ibu! Anakmu berada di dalam syurga firdaus yang tinggi."

Banyak lagi hadith-hadith lain yang menjelaskan ayat ini.

Firman Allah yang bermaksud:

"Maka Kami akan berikan kepadanya pahala yang sangat besar." (Surah an-Nisa': 74)


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Kamu tidak boleh mencapai kelebihan orang yang berjuang pada jalan Allah. Dia keluar sepanjang masa. Waktu jaga, tidur, mana lembah yang dituruni, bukit yang d idaki, padang atau tanah rata yang dilaluinya dipenuhi dengan pahala dari Allah SWT.

"Kamu tidak dapat mencapai kurniaan pahala yang diberikan kepadanya itu melainkan kamu bersembahyang tidak henti-henti tanpa tidur, makan, minum dan sebagainya, dan kamu berpuasa tanpa berbuka."

Tiada siapa yang sanggup berbuat demikian. Sebab itu apabila ada seorang sahabat yang musafir berjumpa satu cerun bukit yang memiliki mata air yang tidak pernah kering, rumput menghijau dan tanahnya pula subur, dia berhasrat untuk beruzlah, tinggal bersendirian di situ, beribadat kepada Allah SWT.

Bagaimanapun sebelum hasratnya itu dilaksanakan dia merasakan lebih baik bertanyakan Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu sama ada perbuatannya itu diizinkan Allah atau sebaliknya. Lalu dia pulang ke Madinah bertanyakan Rasulullah s.a.w. ;Baginda bersabda yang bermaksud:

"Jangan kamu berbuat demikian. Sesungguhnya kamu berada dalam sesuatu masa ketika menegakkan agama Allah tidak sama dengan 70 tahun kamu berada di situ."

Inilah kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjihad. Allah juga berfirman yang bermaksud:

"Allah memberi kelebihan kepada orang yang berjihad mengatasi orang yang berdiam diri tanpa berbuat apa-apa (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar.


"Iaitu beberapa darjat (kelebihan) daripadanya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani.
(Surah an-Nisa': 95 - 96)



Perbezaan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain itu ialah antara bumi dan langit. Allah juga berjanji memberi pahala yang sangat besar kerana orang yang berjihad kadang kala teringat kepada anak, isteri, keluarga dan harta sehingga menekan perasaannya di samping menghadapi musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan apa sahaja kepadanya.