Jika kita bergantung penuh pada Allah. kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.
Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya disamping amalan-amalan sunat yang lain.
Hubungan Dengan Allah(HDA)- Ingat Allah.... hati jadi tenang..!
i. Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... kita masih hina dalam penilaian Allah.
ii. Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia.... kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.
iii. Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal..... maknanya bantuan Allah sudah tiba.
iv. Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar).... tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.
v. Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah.... seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.
vi. Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.
vii. Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan,) ...tandanya Allah redho pada kita.
viii. Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.
1 komentar:
Assalamualaikum zul.
Tarbiyyah ruhiyyah adalah sumber kekuatan ahli gerakan Islam. Antara salah satu muwasafat tarbiyah yg direncanakan Al-Banna adalah mujahadatunnafsi (yg dapat mengawal diri. Mari kita rancakkan semula gelombang dakwah dan tarbiyyah di UM dan kita mulakan di APIUM dulu. Insya Allah jika berjaya kita akan dpt mengislahkan masyarakat kampus lainnya..-Aizat
Post a Comment