Assalamualaikum.... Selamat datang ke Blog Permata Kehiduopan.. Semoga Blog ini memberi manfaat kepada anda

SUMPAH or Sesumpah

Setelah kita menyaksikan sumpah Saiful tahun lepas, hari ini kita menyaksikan pula sumpah Eskay yang menuduh (kerana belum terbukti) Anwar Ibrahim berzina. Bukan menjadi permasaalahan dalam perkara sumpah itu, tetapi adakah cara mereka ini adakah mengikut syariat Islam yang sebenar sebagaimana yang digariskan Islam?.

Mereka seperti orang-orang munafiq, mereka melakukannya seperti ingin menyelamatkan diri dan seolah-olah mengikut kehendak tertentu. Mereka boleh memperolehi habuan dunia, tapi mereka tidak akan sama sekali terlepas azab diakhirat.



Firman Allah dalam Surah Al-Munafiqun : 2 yang bermaksud ;


“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).


Jesteru apa yang perlu kita tahu dan fahami dengan sumpah yang dilakukan ini adalah di sana Islam telah menggariskan panduan dalammenyelesaikan masalahnya. Dalam mubahalah ini terdapat syarat-syaratnya yang perlu diikuuti seperti di bawah.

Syarat-Syarat Mubahalah

(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)

1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah.

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

0 komentar: