Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.
Assalamualaikum.... Selamat datang ke Blog Permata Kehiduopan.. Semoga Blog ini memberi manfaat kepada anda

Ingatlah Allah setiap waktu

PTPTN vs MARA: Untuk Renungan Kerajaan

"Assalamualaikum buat semua pembaca.Isu riba’ yang wujud dalam sistem pemberian pinjaman daripada PTPTN memang menyebabkan ramai peminjamnya tidak berpuas hati. Walau bagaimana pun saya secara peribadi tidaklah merasai perasaan tidak puas hati tersebut kerana tidak pernah mengambil pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.Walau bagaimana pun, saya turut dapat merasai ketidak puasan hati peminjam PTPTN kerana kedua-dua adik saya yang menuntut di universiti melanjutkan pelajaran melalui pinjaman PTPTN. Alhamdulillah, seorang telah tamat pengajian peringkat Ijazah Pertama dan sekarang menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana (Master). Apa bezanya Pinjaman Pendidikan PTPTN dengan Pinjaman Pelajaran MARA? Apa bagusnya MARA? Apa tidak baiknya PTPTN? Saya secara peribadi memuji sistem pinjaman yang diberikan oleh MARA kepada pelajar universiti kerana saya merupakan peminjam pelajaran MARA bagi pembiayaan pendidikan saya di peringkat Ijazah Pertama. Jadi saya dapat membezakan apa kebaikan MARA jika dibandingkan dengan PTPTN. Pada tahun 1994 dengan berbekalkan keputusan PMR 8A saya telah ditawarkan ke Tingkatan 4 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Saya diberikan bantuan kewangan berjumlah RM55 sebulan. Saya berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Pertama dengan berbekalkan pembiayaan oleh MARA pada tahun 1996. Pada masa itu biasiswa telah diura-urakan akan ditarik balik oleh kerajaan. Tiada lagi pemberian biasiswa untuk pelajar Bumiputera. Semua ini berlaku di zaman pemerintahan TDM. Hak Keistimewaan Bumiputera dinafikan. Biasiswa ditukar kepada Pinjaman Pelajaran. Keprihatinan kerajaan dalam soal pembelaan Melayu dari sudut pembiayaan pelajaran sudah terhakis sejak penghapusan pemberikan Biasiswa Bumiputera. Hanya segelintir yang benar-benar cemerlang dianugerahkan Biasiswa. Itu pun mungkin terlalu sedikit. Walau bagaimana pun, saya bersyukur kerana MARA membiayai pelajaran saya di peringkat universiti melalaui Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah. Apa prihatinnya MARA? Pertamanya. MARA masih lagi mewujudkan biasiswa tetapi melalui bentuk yang berbeza. Siswazah yang cemerlang akan ditukar kepada bentuk biasiswa. Terdapatnya pula, pengurangan kadar bayaran pinjaman mengikut prestasi atau pencapaian siswazah. Apa bezanya dengan PTPTN? PTPTN mengenakan caj “perkhidmatan” sebanyak 3 % daripada jumlah pinjaman. Berikut adalah pernyataan yang diberikan oleh adik saya berhubung pinjaman PTPTN. “Caj perkhidmatan yang dikenakan ialah 3 % daripada jumlah pinjaman tapi kalau bayar lebih setiap bulan dari jadual pembayaran bulanan, ia akan berkurang. Tapi kalau tak bayar ikut bulan, faedah akan naik sebab faedah dikenakan setiap bulan, sebulan lebih kurang RM48 faedah. Sekarang jadual bulanan kena bayar sebanyak RM83. Kena mula bayar selepas 6 bulan habis belajar. Nak tukar biasiswa kena CGPA 3.75 ke atas. First Class Degree. Tapi hanya ada untuk pelajar yang dapat tawaran pada 2004 sahaja. Sekarang, memang kena bayar semua. Tiada conversion ke biasiswa dah.” Jelasnya, tidak pernah wujud keprihatinan kerajaan melalui PTPTN dalam membela nasib pelajar (terutamanya pelajar miskin). Saya tak nampak, ikut mana kerajaan berkeprihatinan melalui pinjaman PTPTN ini. Saya lebih melihat, apabila berbicara soal pendidikan, kerajaan sewajarnya memberikan bantuan yang lebih berkebajikan (biasiswa selayaknya, bukannya pinjaman). Pelajaran janganlah dilihat seperti perniagaan. Lihat dari sudut kebajikan terhadap rakyat. Tak perlulah dikenakan caj “perkhidmatan” 3 %. Lihat sahaja MARA, tiada caj perkhidmatan dikenakan. Pinjam RM20K, bayar RM20K. Cantiknya MARA, boleh pula menukarkan dan mengurangkan pembayaran pinjaman. Ada beberapa pemimpin dan pihak PTPTN memberi respon berikut: “Dah pinjam wajiblah bayar”. Kita faham akan hukum membayar hutang. Tetapi tidak bolehkah PTPTN dan kerajaan melihat dan mengkaji kesusahan rakyat terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah? Hapuskan “Caj Perkhidmatan” a.k.a RIBA’! Lebih cantik lagi, kembalikan Hak Biasiswa Bumiputera yang pernah dinikmati suatu ketika dahulu! Untuk Renungan Bersama (Terjemahan Ayat): Orang yang memakan (mengambil) riba’ itu tidaklah berdiri (ketika bangkit dari kubur-kubur mereka) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan disebabkan penyakit gila yang menyerang mereka. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan, “Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba.” Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba’. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya laalu dia berhenti (daripada mengambil riba’), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya serta urusannya terserahlah kepada Allah. Manakala sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba’ itu), maka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Allah menghancurkan riba’ (dengan mengurangkan atau melenyapkan keberkatannya) dan menyuburkan sedekah-sedekah (dengan menambah dan mengembangkannya serta melipatgandakan pahalanya). Allah tidak menyukai setiap orang yang ingkar (yang menghalalkan riba’) lagi banyak melakukan dosa. (Surah Al-Baqarah, Ayat 275-276) "

2 komentar:

Kebenaran said...

Assalamualaikum saudara, saya harap saudara dapat memberi pertimbangan dan menilai sendiri tentang perbandingan antara MARA dan PTPTN. Apa bezanya kakitangan MARA dan kakitangan PTPTN. Perbezaan siapa yang layak mendapatkan pinjaman MARA dan siapa yang layak mendapatkan pinjaman PTPTN. Kenapa MARA tidak perlu bayar caj perkhidmatan dan PTPTN kena bayar 3% caj perkhidmatan. Apa yang akan berlaku sekiranya PTPTN dimansuhkan sama ada kepada pelajar atau kakitangan yang bertugas di PTPTN.
Ramai yang tak tahu tentang sejarah awal penubuhan PTPTN dan kenapa ia ditubuhkan. Perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566). Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja. Namun kerajaan prihatin terhadap permasalahan ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja.

Ramai tidak mengetahui sejarah PTPTN di Malaysia. Jika anak-anak orang yang berada mampu membiayai perbelanjaan anak beranak mereka belajar di IPT walaupun tanpa menggunakan PTPTN, tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang hidup susah dan sederhana dan dalam masa yang sama menanggung kos pengajian anak mereka di IPT? Jika tidak kerana PTPTN, maka ramai rakyat tidak berpeluang belajar di IPT biarpun mempunyai kelayakan dari segi akademik. Walaubagaimanapun, adakah PTPTN ini wajib atau dipohon sendiri oleh pelajar?

Berbalik kepada sejarah PTPTN, Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997. Fakta ini ramai yang tidak mengetahuinya apatah lagi ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri serta memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan bermula 9 Mei hingga 26 Julai 1997.

Oleh yang demikian beliau sememangnya berhasrat untuk menutup balik PTPTN seperti yang pernah diasaskan beliau sebelum ini.

Menguatkan lagi fakta PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta 566 yang mula berkuat kuasa 1 Julai 1997 dan beroperasi pada 1 November tahun sama. Jika mengimbas penubuhan PTPTN, Anwar Ibrahim yang mempunyai kuasa dengan ketika itu ‘berkuasa’ sepanjang Dr Mahathir bercuti selama dua bulan.

Selain memangku jawatan Perdana Menteri dan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan Anwar Ibrahim bertanggungjawab memberi kebenaran kepada PTPTN mengeluarkan pinjaman.

Sebagai pemangku Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika itu mempunyai kuasa penuh untuk melakukan apa saja keputusan termasuklah menubuhkan PTPTN. Namun, kalau Anwar Ibrahim berpendapat PTPTN yang diluluskannya sebelum ini adalah kejam, zalim dan membebankan, dan beliau sepatutnya membatalkan penubuhan tabung pendidikan itu kerana segala kuasa berada di tangannya ketika itu dan bukannya pada masa sekarang yang mana ramai rakyat masih memerlukan.

Kebenaran said...

Maklumat Tambahan :

http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/13/pembiayaan-pendidikan-perbadanan-tabung-pendidikan-tinggi-nasional-ptptn/