Asalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.. semoga blog ini sedikit sebanyak mmberi manfaat kepada anda.. Insyaallah.
Assalamualaikum.... Selamat datang ke Blog Permata Kehiduopan.. Semoga Blog ini memberi manfaat kepada anda

Ingatlah Allah setiap waktu

Mahathir oh Mahathir....

Peringkat Awal Pemerintahan

Masih terbayang difikiran ini ketika era awal pemerintahan beliau dahulu apabila beliau memperkenalkan pebagai slogan yang indah-indah... Antaranya 'Bersih-Cekap-Amanah', 'Dasar Pandang ke Timur', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' dan apabila ada perselisihan faham dengan British beliau memperkenalkan 'Buy British Last'. Memang beliau adalah wira dunia ke tiga.Beliau juga bertanggungjawab mengseragamkan waktu antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Singapura juga mengikuti jejak langkah beliau. Selain itu beliau juga memperkenalkan 'Punch Card' yang kemudiannya dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Begitu juga dengan tanda nama semasa bertugas. Semua rakyat gembira mempunyai Perdana Menteri seperti beliau. Satu fenomena yang tak pernah diduga...

Peringkat Pertengahan

Beliau ketika ini banyak mengadakan lawatan ke seluruh dunia. Beliau adalah 'Pakar Jualan Malaysia'. Banyak teknologi baru dibawa masuk ke Malaysia. Bermula era Malaysia memiliki kereta nasional sendiri. Syarikat-syarikat kerajaan diswastakan. Malaysia mula dikenali sebagai negara industri dan tidak lagi negara pertanian seperti sebelum ini. Malaysia mula menjadi tuan rumah bagi acara-acara antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara Commonwealth (CHOGM), Menganjurkan Dailog Antarabangsa Langkawi, G17 dan pelbagai acara lagi. Beliau juga memulakan projek mega seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Petronas, Litar Sepang, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Monorel, Jambatan Pulau pinang dan pelbagai projek mega. Rakyat menjadi semakin bangga.. dan merasakan betapa bertuahnya mempunyai seorang Perdana Menteri yang mampu memandang jauh ke hadapan....

Peringkat Akhir

Apabila terlampau lama ditampuk kuasa... beliau menjadi semakin lupa diri. Manakan tidak beliau sentiasa dikelilingi oleh kaki ampu. Akhirnya beliau percaya dengan mainan syaitan bahawa setiap tindakan yang beliau lakukan adalah 'betul semuanya'. Orang lain apa tahu. Setiap tindakannya yang salah tiada siapa berani betulkan termasuklah ulamak upahan di sekelilingnya. Akhirnya beliau makin sesat apabila menguruskan wang negara bagaikan wang sendiri. Maka apa yang halal di awal pemerintahan telah bertukar menjadi haram. Bila memakan makanan haram hati beransur ansur menjadi gelap dan akhirnya tindakan yang tidak betul akan nampak betul. Beliau ingin menguasai seluruh Malaysia. Kuasa raja diturunkan begitu juga bidang kehakiman. Raja-raja dihina dan para hakim dipecat, royalti petroleum Terengganu dinafikan, sekolah agama rakyat ditutup dan apa-apa sahaja yang dikira menggugat beliau akan menerima padahnya walaupun timbalannya sendiri. Akhirnya jadilah Mahathir seorang diktator tanpa disedari.Ketika ini nabi pun sanggup dihina. Fitnah menjadi mainan. Pembunuhan ulamak di Memali menjadi halal. Rasuah bermaharaja lela. Tapi siapa berani melawan. Hinggakan apabila digelar Maha Firaun pun masih ada lagi ulama upahan berani mengatakan inilah Firaun baik. Walhal Firaun adalah antara makhluk yang dilaknat sampai hari kiamat.Lihatlah betapa angkuhnya orang yang bernama Mahathir ini. Hinggakan di akhir tampuk kuasa beliau membuat keputusan menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi yang dikira boleh dijadikannya sebagai pak turut. Yang senang diperkotak-katik walaupun beliau tidak lagi menjadi PM. Itulah sangkaan beliau. Tetapi dengan kehendak Allah semuanya jadi terbalik. Abdullah bukan sahaja melawan tokey tetapi meracau dan merapu entah ke mana hingga menjadikan kredibiliti Mahathir yang melantiknya turut terjejas dengan teruk.Maka pada hari ini lihatlah wahai rakyat Malaysia sekelian apa yang terjadi kepada manusia yang paling digeruni pada suatu ketika dahulu. Beliau bukan saja hilang kehormatan diri malah semakin tersisih dari masyarakat. Itulah yang dinamakan hukum karma dari Allah swt kepada umatnya yang sombong semasa di dunia. Banyak kemusnahan jangka panjang yang telah dibuatnya semasa era pertengahan dan penghujung pemerintahannya. Tetapi berapa ramai yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku? Sangat sedikit... kerana manusia lebih sayangkan harta dunia dan takutkan mati.....

Artikel dipetik dari: http://fikir2renung2.blogspot.com/

0 komentar: